Lebih dikenali dengan panggilan POKNIK, beliau merupakan Pengerusi Akademi Azam.
Beliau merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir, juga mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ketika itulah beliau menjadi Presiden Persatuan Pendidik Ummah UIAM bagi tahun 1990-1991.
Bidang kerjaya beliau bermula sebagai seorang pengetua sekolah di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Beliau kemudiannya terlibat sebagai penceramah bagi Modul Siri Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran Jabatan Agama Johor sebelum beralih ke dalam bidang perundingan dan latihan secara sepenuh masa. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia.
Seterusnya, beliau banyak terlibat dalam program pembangunan diri dan organisasi di Klang Port Management, Jabatan Bekalan Air Pahang, Bintulu Port Sdn Bhd, KEMAS dan banyak syarikat korporat dan perkilangan serta jabatan kerajaan.
Di peringkat antarabangsa pula, beliau terlibat secara langsung dalam melaksanakan program bersama jabatan-jabatan kerajaan Brunei Darussalam dan Majlis Ugama Islam Singapura.
Sekarang, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar, Kelantan serta Ahli Jawatankuasa Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Selangor dan Dar Asaadah, Selangor. Selain itu, beliau adalah Timbalan Pengerusi Alumni Sekolah Menengah Agama Dong, Raub,
Beliau merupakan jurulatih utama untuk program peningkatan diri pelajar dan telah berjaya membimbing puluhan ribu pelajar di seluruh tanah air.
Ustaz Nik Mohd Azam Nik Wajis,
Mobile: +6017-276 1764
Pusat Latihan Akademi Azam,
A-1, Tingkat 1, Lorong Berjaya Permai 1,
26060, Kuantan, Pahang
E: poknikdperkasa@gmail.com
W: http://poknikrebutia.blogspot.com
W: http://akademiazam.blogspot.com
Written by PokNik (Rebutia D'Perkasa) | //
Program: Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2011
Tarikh: 18 Februari 2011
Tajuk: Rasulullah saw Ikutan Sepanjang Zaman