Lebih dikenali dengan panggilan POKNIK, beliau merupakan Pengarah Urusan Rebutia Learning Centre Sdn Bhd, juga merupakan Pengerusi Akademi Azam.
Beliau merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir, juga mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ketika itulah beliau menjadi Presiden Persatuan Pendidik Ummah UIAM bagi tahun 1990-1991.
Bidang kerjaya beliau bermula sebagai seorang pengetua sekolah di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Beliau kemudiannya terlibat sebagai penceramah bagi Modul Siri Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran Jabatan Agama Johor sebelum beralih ke dalam bidang perundingan dan latihan secara sepenuh masa. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia.
Seterusnya, beliau banyak terlibat dalam program pembangunan diri dan organisasi di Klang Port Management, Jabatan Bekalan Air Pahang, Bintulu Port Sdn Bhd, KEMAS dan banyak syarikat korporat dan perkilangan serta jabatan kerajaan.
Di peringkat antarabangsa pula, beliau terlibat secara langsung dalam melaksanakan program bersama jabatan-jabatan kerajaan Brunei Darussalam dan Majlis Ugama Islam Singapura.
Sekarang, beliau menyandang jawatan sebagai Pengetua Rumah Anak-anak Yatim Permata Camar, Kuantan. Selain itu, beliau adalah Timbalan Pengerusi Alumni Sekolah Menengah Agama Dong, Raub, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar, Kelantan serta Ahli Jawatankuasa Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Selangor dan Dar Asaadah, Selangor.
Beliau merupakan jurulatih utama untuk program peningkatan diri pelajar dan telah berjaya membimbing puluhan ribu pelajar di seluruh tanah air.
Nik Mohd Azam Nik Wajis,
Mobile: +6017-276 1764
Rebutia D'Perkasa Sdn. Bhd.,
A-1, Tingkat 1, Lorong Berjaya Permai 1,
26060, Kuantan, Pahang
E: poknikdperkasa@gmail.com
W: http://poknikrebutia.blogspot.com
W: http://akademiazam.blogspot.com
Written by PokNik (Rebutia D'Perkasa) | //
Tarikh: 17 Julai 2011
Tempat: Muadzam Shah