TRAINING AND CONSULTANCY SERVICES > MOTIVATIONAL PROGRAMS > HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT > SMART LEADERSHIP > TEAM BUILDING > SMART LEARNING > HUMAN POTENTIAL > SEMINAR AND WORKSHOPS > TRAINING CAMPS

PROFIL PROFESIONAL

PROFIL PROFESIONAL

Lebih dikenali dengan panggilan POKNIK, beliau merupakan Pengarah Urusan Rebutia Learning Centre Sdn Bhd, juga merupakan Pengerusi Akademi Azam.

Beliau merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir, juga mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ketika itulah beliau menjadi Presiden Persatuan Pendidik Ummah UIAM bagi tahun 1990-1991.

Bidang kerjaya beliau bermula sebagai seorang pengetua sekolah di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Beliau kemudiannya terlibat sebagai penceramah bagi Modul Siri Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran Jabatan Agama Johor sebelum beralih ke dalam bidang perundingan dan latihan secara sepenuh masa. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia.

Seterusnya, beliau banyak terlibat dalam program pembangunan diri dan organisasi di Klang Port Management, Jabatan Bekalan Air Pahang, Bintulu Port Sdn Bhd, KEMAS dan banyak syarikat korporat dan perkilangan serta jabatan kerajaan.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau terlibat secara langsung dalam melaksanakan program bersama jabatan-jabatan kerajaan Brunei Darussalam dan Majlis Ugama Islam Singapura.

Sekarang, beliau menyandang jawatan sebagai Pengetua Rumah Anak-anak Yatim Permata Camar, Kuantan. Selain itu, beliau adalah Timbalan Pengerusi Alumni Sekolah Menengah Agama Dong, Raub, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar, Kelantan serta Ahli Jawatankuasa Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Selangor dan Dar Asaadah, Selangor.

Beliau merupakan jurulatih utama untuk program peningkatan diri pelajar dan telah berjaya membimbing puluhan ribu pelajar di seluruh tanah air.




Nik Mohd Azam Nik Wajis,
Mobile: +6017-276 1764

Rebutia D'Perkasa Sdn. Bhd.,
A-1, Tingkat 1, Lorong Berjaya Permai 1,
26060, Kuantan, Pahang

E: poknikdperkasa@gmail.com
W: http://poknikrebutia.blogspot.com
W: http://akademiazam.blogspot.com












0 comments:

Post a Comment

poknikrebutia.blogspot.com

~ poknik_akademiazam ~. Powered by Blogger.

BINA MINDA POSITIF

"Untuk satu nilai kejayaan, perlu melalui satu sistem pemprosesan, umpama seketul emas, perlu diproses untuk menjadi sebentuk cincin.. Persoalannya... Bagaimana dan siapa tukang canai itu.. Kami "menjemput" anda untuk bersama-sama melalui proses ini.. Syukur dan terima kasih sangat-sangat"

MAQUI BERRY

MAQUI BERRY
www.bhipglobal.com/akademi

Pusat Pendidikan, Latihan & Motivasi

SEPANJANG PERJALANAN

Followers

Capaian Blog

KHABAR DARI POKNIK

Pengunjung